7:19 pm - Friday December 9, 2016

Zul Ariffin Sambut Birthday Bekas Kekasih

zaky316

Mungkin ini namanya percintaan orang yang sudah dewasa. Mungkin. Melalui perkongsian di Beautifulnara, bekas kekasih Zul Ariffin, Gayatri Su-Lin Pillai telah memuatnaik gambar sambutan hari lahir di Instagram bukan saja bersama Zul, malah ibu Zul sekali.

BACA: Gayatri: Saya Tidak Perlu Jaja Cerita Untuk Raih Simpati

1- Zul Ariffin Sambut Bithday Bekas Kekasih - ROTIKAYA

Melalui perkongsian tersebut, masih ramai peminat Zul mahukan pelakon lelaki tersebut kembali bersama Gayatri. Malah jika diikutkan, hubungan di antara keluarga Zul dan juga Gayatri masih baik.

Sebelum ini Gayatri pernah menjelaskan bahawa dia sendiri mengambil keputusan untuk menyimpan apa yang berlaku hanya di antara mereka selain menyatakan bahawa kejayaan Zul bergelar pelakon terkenal bukanlah di atas kredibiliti Zul sendiri.

2- Zul Ariffin Sambut Bithday Bekas Kekasih - ROTIKAYA

Semoga hubungan sebagai sahabat baik di antara pasangan ini akan sentiasa berkekalan sekali gus menjadi contoh kepada selebriti lain yang bercinta bagai nak rak, kemudian bila putus cinta, susah benar mahu move on. (rtky/s)