5:59 am - Thursday December 8, 2016

Zizan Razak Tak Boleh Berlakon Bersama Kamal Adli?

zaky316

Melalui kolum Kak Pora di dalam akbar sisipan Berita Harian, B*Pop, khabarnya ada penerbit yang mendakwa Zizan Razak kini sudah mula meletakkan syarat tidak mahu berganding dengan Kamal Adli.

BACA: Zizan Razak: Saya Tak Pernah Ganggu Hidup Emma

Umum mengetahui bahawa kini bekas kekasih Zizan iaitu Emma Maembong sedang rapat dengan Kamal Adli, malah Kamal juga pernah didakwa menjadi penyebab Zizan dan Emma berpisah. Selain itu, Emma juga pernah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan rasa tidak puas hati kepada Zizan selepas mereka berpisah.

Menurut Kak Pora lagi, khabar angin itu belum tentu lagi tepat namun dalam masa yang sama, harapnya dakwaan tersebut adalah tidak benar. Setelah sekian lama episod perpisahan terjadi, mungkin juga Zizan sudah melupakan perkara tersebut.

Apa pun, pastinya Zizan sudah cukup matang dalam membuat keputusan kerana ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan khabar angin dan kontroversi. Apa saja jawapan daripada Zizan nanti, harapnya pelakon ini sudah lupakan perkara yang sudah berlalu. (rtky/s)