5:23 pm - Friday December 9, 2016

Zamani Slam Nafi Larikan Diri Dari Pusat Pemulihan

zaky316

Berhubung dengan dakwaan penyanyi Zamani Slam melarikan diri daripada pusat pemulihan baru-baru ini, pihak polis Muar mengesahkan penyanyi tersebut telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini awal pagi semalam.

BACA: Zamani Slam Didakwa Larikan Diri Dari Pusat Pemulihan

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam selain menafikan dirinya melarikan diri atau diculik dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya sendiri.

Sementara itu, pengurus Zamani sendiri, Johan Aziz memaklumkan penyanyi itu berada dalam keadaan yang selamat dan sihat.

“Zamani ok, dia bukan nak lari keluar secara sengaja tetapi dengan rela. Mungkin sebab dia tak beritahu petugas pusat pemulihan, keadaan jadi agak kelam-kabut. Saya ada berjumpa dengannya dan bertanya mengenai hal ini”

“Mengikut Zamani, dia nak keluar dari pusat pemulihan tersebut,” jelasnya kepada portal The Rakyat Post. Satu sidang media dalam masa terdekat akan diadakan bagi menjelaskan perbuatannya itu. (rtky/s)