7:25 pm - Friday December 9, 2016

Zahirah MacWilson: Saya Sedih Orang Panggil Saya Sial

zaky316

Hati mana yang tidak sedih dan dapat terima jika diri digelar sial. Namun itulah apa yang perlu dihadapi oleh pelakon Zahirah MacWilson apabila dirinya dikaitkan dengan Zul Ariffin sehingga ada yang menuduh Zahirah sebagai perampas dan macam-macam lagi.

BACA: Zahirah MacWilson: Tiada Isu Saya Rampas Zul Ariffin

“Saya tidak mahu nampak menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri. Begitu juga kisahnya gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan saya, tapi entahlah, semuanya salah saya.

“Apa sahaja kenyataan saya, mereka (pembenci) akan tukarkan ia menjadi negatif. Jadi, lebih baik sekiranya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Mula-mula, saya sedih juga baca komen-komen pembenci”

“Sebagai contoh ada yang kata saya sial, sengaja mencederakan diri dan sebagainya. Kalau boleh, saya tidak mahu kontroversi yang terjadi menggugat minat saya untuk terus berlakon,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Zahirah memberitahu bahawa dia juga adalah manusia biasa yang berkawan dan juga jatuh cinta selain menjelaskan bahawa Zul memiliki sifat kekeluargaan yang kuat dan merasakan dia dan Zul sangat serasi bersama.

Kata Zahirah, dia mahu betul-betul berjaya di dalam bidang lakonan malah turut bercita-cita untuk mempunyai label pakaian sendiri di Malaysia mahu pun Australia selain mahu memenuhi segala permintaan ibunya ketika ini. (rtky/s)

7- Zahirah MacWilson- Saya Sedih Orang Panggil Saya Sial - ROTIKAYA
6- Zahirah MacWilson- Saya Sedih Orang Panggil Saya Sial - ROTIKAYA
5- Zahirah MacWilson- Saya Sedih Orang Panggil Saya Sial - ROTIKAYA
4- Zahirah MacWilson- Saya Sedih Orang Panggil Saya Sial - ROTIKAYA
3- Zahirah MacWilson- Saya Sedih Orang Panggil Saya Sial - ROTIKAYA
1- Zahirah MacWilson- Saya Sedih Orang Panggil Saya Sial - ROTIKAYA