7:24 pm - Friday December 9, 2016

Terlalu Serius, Jamal Abdillah Dikritik Peminat Gegar Vaganza

zaky316

Bermula daripada minggu pertama sehinggalah minggu terakhir, rata-rata jenaka Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse selaku pengacara Gegar Vaganza musim kedua tidak pernah gagal membuatkan penonton ketawa namun perkara itu tidak terjadi kepada Jamal Abdillah.

BACA: Jamal Abdillah Akui Sunyi, Cari Wanita Bertudung

1- Terlalu Serius, Jamal Abdillah Dikritik Peminat Gegar Vaganza - ROTIKAYA

Menjelaskan pihak penganjur membayarnya dengan jumlah yang banya, Jamal Abdillah menyatakan bahawa dia tida ada masa untuk melayan jenaka Nabil malah perkara itu berlarutan beberapa kali walaupun Nabil sudah meminta maaf.

Berpunca daripada perkara tersebut, terdapat segelintir peminat rancangan realiti televisyen itu menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sikapnya itu dan sekaligus menyatakan tidak menyokong penyanyi legenda berkenaan.

Tidak hanya menyatakan rasa tidak puas hati, ada yang memburukkan Jamal berkaitan dengan isu dadahnya sebelum ini. Emosi betul. Bak kata Nabil minggu sebelum ini, mungkin juga itu semua sudah dirancang dan hanya mengikut skrip, mungkinlah. (rtky/s)