5:28 pm - Friday December 9, 2016

Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?

zaky316

Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, mungkin juga ada berita gembira daripada Tasha Shilla kerana khabarnya pelakon ini telah pun menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini.

BACA: Soal Cinta, Tasha Shilla Mahu Muhasabah Diri

Melalui sumber akhbar tersebut, katanya ada individu ternama telah menaja kursus kahwin besar-besaran beberapa artis tanah air. Antara artis yang terlibat adalah Stacy dan beberapa artis lain seperti tunangnya sendiri Akim Ahmad.

Kehadiran Tasha di dalam kursus itu juga mengundang tanda tanya sama ada Tasha sudah mempunyai kekasih hati atau tidak sehingga dia sanggup untuk terus pergi menghadiri kursus tersebut. Jika Tasha sudah bersedia, pastinya dia akan mengumumkan sesuatu apabila sudah bersedia nanti.

Bagaimanapun, mungkin juga Tasha hadir kerana ingin memudahkan dirinya agar tidak perlu terkejar-kejar pergi ke kursus perkahwinan apabila waktunya sudah tiba nanti. Apa pun, semoga apa perancangan pelakon ini sentiasa dipermudahkan. Jom kita lihat beberapa keping gambar Tasha ketika bercuti bersama keluarga di Thailand ketika ini. Enjoice!

7 - Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?  - ROTIKAYA
6 - Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?  - ROTIKAYA
8 - Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?  - ROTIKAYA
5 - Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?  - ROTIKAYA
4 - Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?  - ROTIKAYA
3 - Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?  - ROTIKAYA
2 - Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?  - ROTIKAYA
1 - Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?  - ROTIKAYA
9 - Tasha Shilla Sudah Pergi Kursus Kahwin?  - ROTIKAYA