7:19 pm - Friday December 9, 2016

Syarif Sleeq Akui Janggal Bila Bergerak Solo

zaky316

Selepas keputusan untuk bergerak sendiri dan membawa haluan masing-masing Syarif yang berasal dari kumpulan Sleeq berkata dia agak janggal ketika membuat persembahan secara solo namun akan cuba perlahan-lahan untuk menyesuaikan dirinya.

BACA: Sleeq Sudah Berpecah Kerana Isteri Masing Masing?

“Secara jujurnya saya belum selesa bila menyanyi serta membuat persembahan secara solo. Sudah 10 tahun saya bersama Sleeq bila buat persembahan secara solo rasa lain sangat dan janggal sekali”

“Saya hanya perlukan masa untuk berlatih dan memberikan ruang untuk diri saya berasa selesa terlebih dahulu untuk bergerak secara solo. Untuk menjadi penyanyi solo bukan mudah kerana ia memerlukan masa yang banyak untuk berlatih dan dalam masa yang sama menerokai peluang yang ada,” katanya yang ditemui di majlis sidang media pratonton filem Sinaran, petang kelmarin.

Punca perpisahan mereka bukanlah seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak tetapi disebabkan kurangnya persefahaman dan percanggahan pendapat yang membawa kepada perpecahan kumpulan yang berasal dari Singapura ini.

“Kami berpisah disebabkan perbezaan serta percanggahan pendapat kreativiti, muzik dan persembahan membuatkan kami berasa tiba masanya untuk membawa haluan masing-masing,” ujarnya. Dalam pada itu, beberapa bulan lagi Syarif bakal bergelar bapa dan mengesahkan bakal mendapat anak perempuan.

“Setakat ini ada beberapa persediaan yang sudah dilakukan dan saya banyak belajar daripada orang-orang yang sudah berpengalaman. Isteri saya pula tidak banyak mengalami alahan cuma di awal kehamilannya sahaja,” jejas Syarif.

Sinaran merupakan filem arahan Osman Ali yang dibintangi oleh Lisa Surihani, Izara Aisyah, Syarif Sleeq dan Nadiah M.Din Filem muzikal itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 26 November ini. (rtky/h)

5- Syarif Sleeq Akui Janggal Bergerak Solo - ROTIKAYA
4- Syarif Sleeq Akui Janggal Bergerak Solo - ROTIKAYA
3- Syarif Sleeq Akui Janggal Bergerak Solo - ROTIKAYA
2- Syarif Sleeq Akui Janggal Bergerak Solo - ROTIKAYA
7- Syarif Sleeq Akui Janggal Bergerak Solo - ROTIKAYA
6- Syarif Sleeq Akui Janggal Bergerak Solo - ROTIKAYA