5:58 am - Thursday December 8, 2016

Susu kambing untuk bayi berumur 6 bulan

abaabil

Susu kambing untuk bayi berumur 6 bulan

SUSU KAMBING UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN

 

Lifelong Left Foot Pain

Sep 9, 2014

PRESENTATION

 

“Assalammualaikum doctor, saya ingin bertanya berkenaan susu tepung susu kambing yang semakin mendapat perhatian ibu bapa sebagai ganti susu lembu yang berada di dalam pasaran sekarang. Apa  pendapat doctor mngenai susu tepung susu kambing untuk bayi 6 bulan ke atas? Saya sebagai ibubapa perlu mendapat kesahihan produk bukan sahaja dari segi halal malah kandungan yang terdapat di dalam susu trsebut membantu dalam tumbesaran kanak-kank . Apa yang perlu saya kaji sebelum memberikan susu ini kpda anak saya? Mohon pandangan doctor. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Menurut Persatuan Doktor Pakar Kanak-kanak Amerika Syarikat (AAP), susu kambing tidak disyorkan untuk bayi lingkungan umur satu tahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak menepati keperluan bayi. Susu kambing mempunyai kurang zat besi, folate, vitamin C,D,B, thiamin, niacin dan pelbagai zat nutrisi lain berbanding dengan susu ibu.

 

Susu kambing mengandungi sodium yang tinggi (seperti susu lembu) dan sangat tinggi dalam klorida dan kalium, yang membuatkan buah pinggang bayi bekerja dengan lebih kuat.

 

Ia juga boleh menyebabkan pendarahan usus dan boleh menyebabkan anemia. Kekurangan asid folik dalam susu kambing boleh membawa kepada masalah anemia megaloblastic. Juga, bayi yang alah kepada protein susu lembu juga sering alah kepada susu kambing juga.

 

Tidak dinafikan susu kambing mempunyai beberapa kelebihan untuk orang dewasa, tetapi kajian terkini menunjukkan ianya tidak sesuai untuk bayi hingga umur lingkungan setahun(mungkin lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak).

 

Jika kita memperhalusi sirah sejarah baginda Rasulullah SAW,baginda turut disusu ibu oleh ibu susuan sehingga berusia 2 tahun, lantas menunjukkan kepentingan penyusuan ibu dan segala kebaikan dari penyusuan ibu (mengatasi segala jenis susu dan formula di dunia).

 

Berdasarkan ini, saya berpendapat memberi susu kambing pada bayi bukanlah sunnah. Belum ada bukti yang sahih yang mengatakan memberikan susu kambing pada bayi bawah 2 tahun adalah satu sunnah, sama ada berdasarkan hadis atau riwayat ulamak muktabar.

 

Kalau diberikan pada orang dewasa, mungkin memberikan kebaikan.  Jadi jika mahu berikan susu kambing mungkin sesuai selepas berusia dua tahun. Bayi berumur dua tahun ke bawah, berikan susu ibu sepenuhnya, jika mampu.

 

Akhirnya terserahlah pada puan untuk mempercayai dan tidak mempercayai.

 

Wallahu a’lam