5:55 am - Thursday December 8, 2016

Suki Low Bakal Menimang Cahaya Mata Pertama

deena

Lama kita tidak mendengar khabar berita daripada pemenang ‘One In A Million’, Suki Low. Rupanya gadis ini sudah berkahwin dan kini sedang hamil 6 bulan.

Mengakui dirinya sedang sibuk menyiapkan diri dan membaca buku tentang mengandung dan menjadi ibu, Suki berkata, “Biasalah, menjadi bakal ibu kepada anak sulung, banyak perkara yang perlu kita belajar dan saya mula serius membaca pelbagai buku mengenai perihal ibu-ibu mengandung.”

Suki Low Bakal Menimang Cahaya Mata Pertama

Suki juga memuat turun semua jenis aplikasi di telefon pintarnya yang membantu pergerakannya untuk mempelajari perkara ini, terutamanya cara pemakanan yang betul untuk kesihatan seorang ibu.

Khabarnya, melalui ujian imbasan, beliau akan mendapat anak lelaki. Untuk pengetahuan, beliau berkahwin dengan pengurusnya Jeremy Chong dalam satu perkahwinan tertutup sebelum ini.

Tahniah kamu ucapkan buat Suki. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

 

 

The post Suki Low Bakal Menimang Cahaya Mata Pertama appeared first on MyArtis.My.