6:05 pm - Friday December 2, 2016

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2015

zaky316

Menepati ramalan peminat selain menyajikan persembahan yang cukup bertenaga dan memberangsangkan, penyanyi Siti Nordiana berjaya merangkul tempat pertama pada pertandingan Gegar Vaganza 2015 yang diadakan di sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

BACA: Siti Nordiana Belum Sedia Terima Lamaran Sesiapa

Sebelum ini, melalui portal Astro Gempak, Siti Nordiana menyatakan hasratnya untuk menggunakan wang kemenangan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anaknya, Ryyan Nakhaei selain akan mengadakan majlis kesyukuran dan mengembangkan lagi peniagaannya kini.

Pentas final yang diadakan di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap program ini selain diserikan dengan hos penuh jenaka, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.(rtky/s)