7:20 pm - Friday December 9, 2016

Siti Nordiana Akui Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi

zaky316

Juara Gegar Vaganza musim ke-2 Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana berkata, dia tidak serik untuk berkahwin lagi kerana jodoh adalah ketentuan Ilahi. Tetapi buat masa kini dia masih belum bersedia malah ingin mengembangkan dahulu kerjaya seni serta bisnes butiknya.

BACA: Siti Nordiana Selesa Dengan Status Janda

“Nana tak serik untuk berkahwin tetapi belum bersedia kerana buat masa sekarang biar Nana fokus terhadap kerjaya serta bisnes dahulu,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah MeleTOP Era 2016.

Tambahnya lagi, sekiranya dia ingin berkahwin dia perlukan seseorang lelaki yang boleh menerima serta menyayangi anaknya.

“Kalau nak kahwin kita tak tahu sekiranya bakal suami kita itu boleh menerima anak kita atau tidak. Nana juga risau sekiranya anak Nana terpinggir apabila sudah bersuami,” ujarnya. (rtky/h)

1- Siti Nordiana Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi - ROTIKAYA
2- Siti Nordiana Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi - ROTIKAYA
3- Siti Nordiana Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi - ROTIKAYA
4- Siti Nordiana Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi - ROTIKAYA
6- Siti Nordiana Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi - ROTIKAYA
7- Siti Nordiana Tidak Serik Untuk Berkahwin Lagi - ROTIKAYA