5:59 am - Thursday December 8, 2016

Shenty Feliziana Akui Dipukul Syazwan Zulkifli?

zaky316

Siapa sangka, perbincangan yang pada mulanya adalah untuk berbincang mengenai arah tuju hubungan mereka, akhirnya wartawan penyiaran dan juga hos program HLive di Astro, Shenty Feliziana dipukul oleh seorang pelakon yang sebelum ini pernah menyatakan rasa rindunya kepada Shenty setelah kejadian tersebut berlaku.

BACA: Kerana Isu Kekasih, Syazwan Zulkifly Berhenti Berlakon

Shenty Feliziana Akui Dipukul Syazwan Zulkifli? - ROTIKAYA_in1

“Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami. Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan… dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan,” jelas Shenty kepada BH Online.

Shenty kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober lalu atas faktor keselamatan diri pada hari kejadian.

“Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis”

“Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung. Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka”

“Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya. Dengan apa yang terjadi, saya berharap tidak akan dikaitkan lagi dengan pelakon itu,” kata Shenty yang mula mengenali pelakon lelaki berkenaan pada Disember tahun lalu. (rtky/s)

Gambar Ihsan: BH Online