6:01 am - Thursday December 8, 2016

Sharnaaz Ahmad: Pelakon Baru Mudah Berlagak Sombong

zaky316

Memberikan pendapat berdasarkan pengalamannya di dalam bidang lakonan dan juga industri hiburan, pelakon Sharnaaz Ahmad menjelaskan sesetangah bakat baru yang diketangahkan mudah mendabik dada namun kurang bijak menangani kontroversi yang melanda.

BACA: Sharnaaz Ahmad Tidak Mahu Buka Cerita Cinta

Sharnaaz Ahmad Tegur Pelakon Baru Mudah Berlagak Sombong - ROTIKAYA_in

“Zaman sekarang memang terlalu mudah pelakon baharu jadi teraju utama. Ada kabel atau pengaruh keluarga sedikit contohnya, senang-senang mereka boleh jadi watak utama. Dalam hal ini saya sendiri mengalu-alukan kehadiran bakat pelapis tapi biarlah dengan cara betul”

“Lebih afdal bermula dari bawah, baharu tahu jerih perih sebenar berjuang di liga seni. Kalau nak ambil berlakon pun, biarlah seiring dengan bakat”

“Ditambah pula, pelakon baharu mudah saja dapat promosi itu dan ini, malah ada yang sampai ditatang bagai minyak yang penuh. Mulalah naik tocang, berlagak tak kena tempat. Malah satu tahap bila perhatian dan limelight diberikan kepada mereka, ada yang tak boleh menanganinya sebaik mungkin kerana kurang pengalaman,” jelasnya kepada BH Online.

Mungkin ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh Sharnaaz selaku pelakon yang bermula daripada bawah. Malah pelakon ini juga berkata, jika dia ditempatkan di kalangan pelakon baru ketika ini, dia lebih sanggup bermula daripada bawah. (rtky/s)

6 - Sharnaaz Ahmad Tegur Pelakon Baru Mudah Berlagak Sombong - ROTIKAYA
5 - Sharnaaz Ahmad Tegur Pelakon Baru Mudah Berlagak Sombong - ROTIKAYA
4 - Sharnaaz Ahmad Tegur Pelakon Baru Mudah Berlagak Sombong - ROTIKAYA
3 - Sharnaaz Ahmad Tegur Pelakon Baru Mudah Berlagak Sombong - ROTIKAYA
2 - Sharnaaz Ahmad Tegur Pelakon Baru Mudah Berlagak Sombong - ROTIKAYA
1 - Sharnaaz Ahmad Tegur Pelakon Baru Mudah Berlagak Sombong - ROTIKAYA