5:59 am - Thursday December 8, 2016

Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan Hari Ini

zaky316

Shahrol Shiro terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru, hari ini akibat jangkitan sinus yang mengganggu dirinya seminggu lalu sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

BACA: Shahrol Shiro Nafi Bertunang Dengan Pengurus Peribadi

Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Hari Ini - ROTIKAYA_in

Menurut pelawak ini, dia tidak menyangka masalah pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya sejak seminggu lalu disebabkan oleh sinus. Perkara itu disahkan sebaik sahaja dia membuat pemeriksaan di hospital.

“Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena. Berikutan tidak cukup rehat, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat”

“Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Shahrol juga turut berkongsikan perkara tersebut melalui sekeping gambar di Instagram yang meminta maaf kepada majikaannya kerana terpaksa berehat daripada aktiviti seni minggu ini kerana masalah kesihatan.

Perkara itu mengundang rasa risau di kalangan peminat selain ada juga yang mendoakan agar Shahrol selamat menjalani pembedahan. Buat Shahrol, semoga pembedahan berjalan lancar dan segera sembuh. (rtky/s)

1 - Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan Hari Ini - ROTIKAYA
2 - Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan Hari Ini - ROTIKAYA
3 - Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan Hari Ini - ROTIKAYA
4 - Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan Hari Ini - ROTIKAYA
5 - Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan Hari Ini - ROTIKAYA
6 - Shahrol Shiro Terpaksa Jalani Pembedahan Hari Ini - ROTIKAYA