5:58 am - Thursday December 8, 2016

Shah Iskandar Alu Alukan Penaja Untuk Majlis Kahwin

zaky316

Bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan, pelakon berasal daripada Singapura, Shah Iskandar menyatakan bahawa dia mengalu-alukan jika ada penaja yang mahu menaja perkahwinan mereka.

BACA: Shah Iskandar Bakal Bernikah Tahun Depan

“Kalau boleh saya nak uruskan majlis perkahwinan saya ini dengan duit titik peluh sendiri terutama sekali dalam penyediaan katering. Tetapi sekiranya ada pihak yang berminat nak menaja, saya alu-alaukan dan lahirkan rasa syukur, kata orang rezeki jangan ditolak”

“Paling penting majlis pernikahan dan resepsi nanti akan berjalan dengan lancar, Insya-Allah. Alhamdulilah, persediaan dari segi mental dan fizikal itu penting sebelum mengubah status kita daripada bujang kepada suami orang”

“Jadi ini semua doa semua pihak terutama peminat saya yang tidak henti-henti memberikan sokongan. Mengenai tarikh perkahwinan saya itu, ia masih belum dapat diputuskan lagi,” jelasnya kepada rancangan Melodi.

Tambah pelakon ini, dia akan memberitahu mengenai tarikh perkahwinannya apabila sudah tiba waktunya nanti. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. (rtky/s)

6 - Shah Iskandar Alu Alukan Penaja Untuk Majlis Kahwin - ROTIKAYA
5 - Shah Iskandar Alu Alukan Penaja Untuk Majlis Kahwin - ROTIKAYA
4 - Shah Iskandar Alu Alukan Penaja Untuk Majlis Kahwin - ROTIKAYA
3 - Shah Iskandar Alu Alukan Penaja Untuk Majlis Kahwin - ROTIKAYA
2 - Shah Iskandar Alu Alukan Penaja Untuk Majlis Kahwin - ROTIKAYA
1 - Shah Iskandar Alu Alukan Penaja Untuk Majlis Kahwin - ROTIKAYA