7:23 pm - Friday December 9, 2016

Sekitar Majlis Pertunangan Aliff Aziz Dan Bella Astilah

zaky316

Penyanyi Aliff Aziz selamat mengikat tali pertunangan dengan Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih dikenali dengan nama Bella Astillah dalam sebuah majlis yang diadakan di Crystal Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam.

BACA: Aliff Aziz Akui Banyak Berubah Untuk Bakal Tunang

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, telefon bimbit dan senaskhah Al-quran. manakala pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, coklat, kek dan minyak wangi.

Majlis kemudian disusuli dengan adat menyarung cincin yang disempurnakan oleh S Hafiza Basharahjil iaitu ibu Aliff. Kedua- dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada tahun depan, tapi tiada tarikh ditentukan.

“Kami sudah tiga tahun kenal tetapi mula rapat Disember tahun lalu. Keserasian membuatkan kami akhirnya bercinta. Syukur kerana keluarga dapat menerima pilihan saya. Mereka merestui kerana Bella membawa banyak perubahan positif dalam hidup saya,” memetik laporan daripada Harian Metro. (rtky/s)