6:05 pm - Friday December 2, 2016

“Saya Buka Tudung Kerana Mahu Cari Rezeki”

zaky316

Kenyataan pelakon yang membuka tudung kerana kerja bukan satu kenyataan popular di kalangan peminat dan pastinya ia bakal mengundang kritikan ramai yang kurang senang dengan mereka yang sesuka hati membuka dan menutup aurat mengikut keperluan.

Menyedari perkara ini, Normah Damanhuri mengakui beliau seorang manusia yang masih memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan tindakan beliau membuka tudung hanyalah semata mata menuntut kehendak kerja dan mencari rezeki.

“Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak”

“Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” jelasnya kepada mStar Online.

Terbaru, pelakon berusia 61 tahun ini dilihat tidak mengenakan tudung dan ada masanya hanya memakai selendang di kepala ketika menjayakan drama Tuan Anas Mikael yang popular di saluran Astro Ria. (rtky/m)