6:02 am - Thursday December 8, 2016

Saiz Badan Jadi Ukuran, Almy Nadia Tawar Hati Berlakon

zaky316

Masih tidak habis-habis mengenai masalah berkaitan saiz badan, Almy Nadia menjelaskan bahawa dia kini bukan menolak tawaran berlakon, sebaliknya fizikal pelakon ini seolah-olah menjadi penghalang buat produksi memberi tawaran lakonan.

BACA: Almy Nadia: Saya Percaya Suami Saya Sendiri

“Tipulah jika saya tidak rindu untuk berlakon semula setelah melahirkan anak. Masa mula-mula dahulu memang rindu, kemudian lepas bersalin ada satu masa saya rindu lagi untuk beraksi”

“Namun setelah beberapa bulan kemudian, masih tiada tawaran di samping terdengar pengarah bertanya sama ada badan saya sudah turun ke belum dan dalam masa sama saya sudah mula berniaga, jadi bagi saya, lebih baik saya teruskan berniaga”

“Rasanya bagi saya berniaga lebih seronok kerana tunggu berapa jam pun di gerai, masih boleh jual barang di samping berpuas hati apabila dapat memberi orang makan. Jika ditawarkan berlakon semula, saya perlu lihat juga pada bayaran,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Almy juga mengatakan bahawa kebanyakan stesen TV memilih untuk mengambil pelakon baharu walaupun ada antara mereka dilihat tidak pandai untuk berlakon oleh kerana mereka boleh dibayar rendah.

“Pelakon baharu boleh dikerah dan dibayar rendah. Lagipun asal muka cantik dan hensem, mudah sahaja mereka berlakon. Berbanding ketika kami dahulu ada label tersendiri, jika seseorang artis mahu masuk slot yang best mestilah dibarisi pelakon popular dan terkenal”

“Jika artis itu tiada nama dan baharu, mereka tidak akan di pandang. Namun kini sangat berbeza asalkan ada rupa. Oleh itu, pelakon lama seperti saya sudah tidak dipandang produksi dan stesen TV,” ujarnya. (rtky/s)