5:28 pm - Friday December 9, 2016

Rozita Che Wan Sedar Ada Pihak Pertikai Gaya Hidup Mewahnya

zaky316

Sering kali memuatnaik gambar percutian ke luar negara bersama keluarga dan juga gambar barangan berjenemana mewah, Rozita Che Wan mengakui ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemewahannya.

BACA: Che Ta Anjur Majlis Mewah Rai Birthday Ke-19 Anak

“Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama. Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula,” jelasnya kepada mStar Online.

Malah menurut pelakon ini, dia kini lebih memilih tawaran berlakon dan hanya akan memilih watak yang berbeza selain kini mahu memberi lebih tumpuan kepada perniagaan.

“Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan. Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil”

“Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan,” katanya lagi. (rtky/s)

6 - Che Ta Sedar Ada Pihak Pertikai Kehidupan Mewah Beliau - ROTIKAYA
5 - Che Ta Sedar Ada Pihak Pertikai Kehidupan Mewah Beliau - ROTIKAYA
4 - Che Ta Sedar Ada Pihak Pertikai Kehidupan Mewah Beliau - ROTIKAYA
3 - Che Ta Sedar Ada Pihak Pertikai Kehidupan Mewah Beliau - ROTIKAYA
2 - Che Ta Sedar Ada Pihak Pertikai Kehidupan Mewah Beliau - ROTIKAYA
1 - Che Ta Sedar Ada Pihak Pertikai Kehidupan Mewah Beliau - ROTIKAYA