5:56 am - Thursday December 8, 2016

Rita Rudaini Nafi Buat Kenyataan Hina Kerani

deena

Rita Rudaini baru-baru ini dikatakan telah keluarkan kenyataan berbaur menghina pekerjaan kerani. Apa cerita?

“Nasib baiklah saya ada kerja sikit-sikit untuk tampung kami anak beranak, saya kadang-kadang bayangkan diri saya ini adalah seorang kerani, macam mana nak tanggung anak,” ujar Rita Rudaini yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Rita Rudaini menyifatkan para peminat tersalah anggap akan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan itu dan memberi penjelasan supaya mereka semua memahami apa mesej yang cuba beliau sampaikan.

Rita Rudaini Nafi Buat Kenyataan Hina Kerani

“Saya rasa terkilan dengan pandangan manusia manusia yang suka buruk sangka dengan orang, siapa saya untuk menghina orang atau pekerjaan orang? Sedangkan hidup saya sendiri pun penuh liku. Saya sedikit pun tidak menghina, ayat mana yang membuktikan saya menghina kerani?”

“Maksud saya ialah dengan keadaan saya ditinggalkan suami tanpa satu sen pun dengan anak anak kecil dan diheret pula ke mahkamah oleh (bekas) suami. Kalau saya bergaji kecil bolehkah saya menanggung kos peguam dan mahkamah yang sudah makan bertahun lama?”

Rita Rudaini turut menambah yang beliau bersimpati dengan para wanita yang senasib dengannya yang tidak bergaji besar dan mempunyai suami atau bekas suami tidak bertanggungjawab. Jadi, beliau meminta tidak salah anggap lagi.

 

The post Rita Rudaini Nafi Buat Kenyataan Hina Kerani appeared first on MyArtis.My.