7:18 pm - Friday December 9, 2016

Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak/bayi

abaabil

Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak/bayi

RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK/BAYI

 

“Salam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya memahami perasaan puan, kerana sebagai ibubapa tentu merasa resah apabila melihat anak mereka akan menjalani pembedahan.

 

Oleh kerana bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil, maka ubat bius yang akan diberikan mengikut nisbah berat badan mereka.  Oleh itu sebelum melakukan apa-apa pembedahan, doctor akan memeriksa bayi dan kanak-kanak ini bagi meneliti sejarah kesihatan mereka dahulu.

 

Risiko untuk mendapat kemudaratan bius pengsan (general anaesthesia) untuk pembedahan bagi kanak-kanak/bayi adalah rendah.  Cuma kesan sampingan yang ringan, mungkin berlaku, itu pun untuk jangka masa yang singkat seperti rasa loya, muntah, sakit kepala dan sakit tekak. Kesan sampingan ini tidak berbahaya dan akan sembuh dengan sendiri.

 

Walau bagaimana pun risiko kemudaratan akan bertambah jika anak puan mempunyai masalah kesihatan jantung, paru-paru dan penyakit kronik yang lain.

 

Oleh itu puan harus berterus terang dengan pakar bius mengenai masalah dan penyakit  yang sedia ada dengan anak puan.

 

Wallahu a’lam