5:55 am - Thursday December 8, 2016

Raja Ilya Nafi Kini Jalin Cinta Dengan Syafie Naswip

zaky316

Mula rapat dengan pelakon Syafie Naswip, Raja Ilya bagaimanapun menjelaskan bahawa dia dan pelakon tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa malah menyifatkan hubungan mereka sebagai kakak dan adik.

BACA: Raja Ilya Masih Belum Berhijab Kerana Kontrak Berlakon

“Saya mula rapat dengan dia kerana banyak bekerjasama untuk drama. Syafie adalah seorang budak yang baik dan rajin. Saya dan beberapa orang rakan artis menyenangi personaliti Syafie”

“Dia pandai membawa diri dalam industri dan membuatkan orang ramai terhibur dengan keletahnya. Terbaharu, kami bersama-sama ke Perlis bagi memeriahkan program Drama Bas anjuran TV3 dan TV9,” jelasnya mengenai perkara itu kepada BH Online.

Sebelum ini, Syafie telah memuat naik gambar mereka berdua di laman Instagram sekaligus membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada mereka menjalin sebarang hubungan istimewa. (rtky/s)

6 - Raja Ilya Nafi Jalin Cinta Dengan Syafie Naswip - ROTIKAYA
5 - Raja Ilya Nafi Jalin Cinta Dengan Syafie Naswip - ROTIKAYA
4 - Raja Ilya Nafi Jalin Cinta Dengan Syafie Naswip - ROTIKAYA
3 - Raja Ilya Nafi Jalin Cinta Dengan Syafie Naswip - ROTIKAYA
2 - Raja Ilya Nafi Jalin Cinta Dengan Syafie Naswip - ROTIKAYA
1 - Raja Ilya Nafi Jalin Cinta Dengan Syafie Naswip - ROTIKAYA