5:56 am - Thursday December 8, 2016

Putus Cinta, Nelydia Senrose Tidak Bermusuh Dengan Qi Razali

zaky316

Baru sahaja mendedahkan mengenai status hubungan mereka baru-baru ini, pelakon Nelydia Senrose menjelaskan bahawa dia tidak akan memusuhi lelaki yang pernah singgah di hatinya iaitu Qi Razali walaupun semuanya sudah berakhir kini.

BACA: Nelydia Senrose Kini Kembali Solo, Selesa Sendirian

“Kami berdua ingin fokus kepada kerjaya masing-masing dan perpisahan ini bukan bererti kami bermusuh dan masih berkawan. Apa pun sebab kami berpisah biarlah ia menjadi rahsia kami berdua kerana tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambah pelakon ini, dia tidak menolak jodoh sekiranya ditakdirkan bersama namun dalam masa yang sama memberitahu bahawa perisitiwa yang berlaku turut memberi pengajaran kepadanya dalam meniti hari sebagai selebriti.

“Bercerita salah, sorok pun salah tetapi saya fikir pada masa hadapan cukuplah benda-benda peribadi hanya untuk pengetahuan diri sendiri. Bukan apa bila terlalu banyak didedahkan kepada umum ia banyak menimbulkan spekulasi dan kebanyakan daripadanya tidak tepat,” katanya.

Semoga Nelydia dan Qi akan dapat mencapai impian masing-masing dan jika sudah ditakdirkan anda bersama, akan bersama juga. Putus cinta bukan penghalang untuk terus berjaya dan melangkah ke depan, bukan? (rtky/s)

6 - Putus Cinta, Nelydia Senrose Tidak Bermusuh Dengan Qi Razali - ROTIKAYA
5 - Putus Cinta, Nelydia Senrose Tidak Bermusuh Dengan Qi Razali - ROTIKAYA
4 - Putus Cinta, Nelydia Senrose Tidak Bermusuh Dengan Qi Razali - ROTIKAYA
3 - Putus Cinta, Nelydia Senrose Tidak Bermusuh Dengan Qi Razali - ROTIKAYA
2 - Putus Cinta, Nelydia Senrose Tidak Bermusuh Dengan Qi Razali - ROTIKAYA
1 - Putus Cinta, Nelydia Senrose Tidak Bermusuh Dengan Qi Razali - ROTIKAYA