7:24 pm - Friday December 9, 2016

Putri Mardiana Dan Pasangan Mengaku Salah Khalwat

zaky316

Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu.

BACA: Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap

Turut didenda ialah pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, selepas mengaku salah atas tuduhan sama. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda.

Pasangan itu membayar denda berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014. (rtky/s)