5:59 am - Thursday December 8, 2016

Puteri Sarah Pernah Keguguran Sebelum Ini?

deena

Sebelum ini terhebahnya khabar tentang Lisa Surihani pernah disahkan hamil dan mengalami keguguran, minggu ini ada pula ada khabar yang mengatakan isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana pernah mengalami perkara sama.

Sebuah laporan akhbar memaklumkan bahawa ada sumber memberitahu yang Puteri Sarah pernah keguguran. Khabarnya, kejadian itu berlaku ketika kandungan berusia dua bulan. Kasihannya.

Puteri Sarah Pernah Keguguran Sebelum Ini?

Penulis juga menambah yang perkara ini hanya diketahui oleh orang yang rapat dengan pasangan itu dan ada kemungkinan ianya berlaku sebelum bulan Ramadan yang lalu kerana mereka pergi mengerjakan umrah ketika bulan puasa.

Mungkin belum ada rezeki untuk Syamsul Yusof dan Puteri Sarah untuk menimang cahayamata. Peminat semua dan kami juga doakan supaya suatu hari nanti pasangan ini dikurniakan anak yang comel dan baik-baik juga seperti ibu bapanya.

The post Puteri Sarah Pernah Keguguran Sebelum Ini? appeared first on MyArtis.My.