7:20 pm - Friday December 9, 2016

Perjalanan Haji Ajar Nabil Ahmad Erti Syukur

zaky316

Berkongsi pengalaman pertamanya berada di tanah suci Mekah baru-baru ini, pelakon dan juga pelawak Nabil Ahmad menjelaskan bahawa pemergiannya mengerjakan haji memberikan kesedaran tetang pentingnya bersyukur.

BACA: Nabil Ahmad: Doakan Saya Dan Jemaah Lain Selamat Kerjakan Haji

“Saya paling terkesan apabila melihat jemaah haji lain yang bersusah payah ke sana (Mekah) dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidur di tepi jalan.

“Saya naik bas ke Mina, mereka berjalan kaki dalam keadaan panas terik. Bukan semua orang senang seperti jemaah Malaysia yang diurus dalam keadaan sempurna,” cerita kepada mStar Online.

Selain itu, Nabil juga menyatakan rasa cemburunya apabila disoal mengenai kejadian rempuhan di Mina yang mana berlaku di sana ketika umat Islam dengan melakukan ibadah melontar jamrah di sana.

“Apa yang saya boleh katakan, saya terima kejadian itu dengan hati terbuka. Bagi saya, kejadian itu hanya penyebab sahaja dan saya cemburu kerana mereka dapat meninggal dunia di Mekah ketika sedang beribadat,” jelasnya. (rtky/s)

1 - Perjalanan Haji Ajar Nabil Ahmad Erti Syukur - ROTIKAYA
2 - Perjalanan Haji Ajar Nabil Ahmad Erti Syukur - ROTIKAYA
4 - Perjalanan Haji Ajar Nabil Ahmad Erti Syukur - ROTIKAYA
5 - Perjalanan Haji Ajar Nabil Ahmad Erti Syukur - ROTIKAYA
6 - Perjalanan Haji Ajar Nabil Ahmad Erti Syukur - ROTIKAYA
7 - Perjalanan Haji Ajar Nabil Ahmad Erti Syukur - ROTIKAYA