7:23 pm - Friday December 9, 2016

Peminat Mahu Gambar Yus Jambu Dedah Aurat Dipadam

zaky316

Jenazah pelawak Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu sudah pun selamat dikebumikan petang semalam, bagaimanapun kini peminat mahu gambar arwah yang mendedahkan aurat di laman sosial dipadam.

BACA: Yus Jambu Meninggal Dunia

Perkara itu telah diutarakan oleh peminatnya malah pelbagai komen ditinggalkan di laman Instagram Yus, di mana-mana rata-rata daripada mereka mahu gambar Yus berseluar pendek dipadam demi tidak mahu terus mengaibkan arwah.

Ada juga yang meminta seberapa ramai mungkin peminat melaporkan gambar tersebut kepada Instagram, supaya laman sosial tersebut akan mengambil tindakan menurunkan gambar tersebut. Yus Jambu yang berusia 39 tahun, meninggal dunia di Hospital Selayang, dipercayai akibat serangan jantung. (rtky/s)