5:57 am - Thursday December 8, 2016

Peminat Kecam Zaquan Adha Muatnaik Gambar Isteri Susukan Anak

deena

Rasanya baru saja reda tentang kontroversi yang menceritakan tentang Zaquan Adha mencurangi Ayu Raudhah di aplikasi mesej WeChat dan ia ternyata tidak menjejaskan langsung keharmonian rumah tangga pasangan ini.

Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram mereka kelihatan bahagia tapi beberapa hari ini telah tercetus satu kontroversi apabila tersebar satu gambar dari Instagram Zaquan Adha.

Seperti biasa gambar itu memaparkan aktiviti Zaquan bersama anak isteri cuma yang sedikit tidak manis adalah gambar tersebut yang menunjukkan keadaan Ayu ketika gambar diambil sedang menyusu bayi mereka.

Peminat Kecam Zaquan Adha Muatnaik Gambar Isteri Susukan Anak

Tidak tahulah kalau yang tukang komen itu imaginasi mereka terlalu jauh atau tidak selesa melihat perkara semulajadi seperti ini kerana bukannya Ayu Raudhah menayangkan dadanya.

Sebilangan komen lain terutama wanita membidas mereka yang terlalu memperbesarkan isu ini kerana tiada bahagian sulit badan terdedah. Nampak sangat si tukang komen yang berfikiran kotor.

Apapun, kami tertanya juga sebab utama Zaquan berkongsi gambar sebegini di laman sosial. Sudah tahu akan menimbulkan kontroversi, memang beginilah jadinya.

The post Peminat Kecam Zaquan Adha Muatnaik Gambar Isteri Susukan Anak appeared first on MyArtis.My.