6:01 am - Thursday December 8, 2016

Nora Danish Tidak Mahu Selamanya Jadi Pelakon

zaky316

Kegemilangan dan juga populariti bukanlah sesuatu yang sentiasa kekal. Bagi Nora Danish, dia kini mahu memperlahankan kerjayanya sebagai pelakon bagi memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.

BACA: Nora Danish Mohon Maaf Rekaan Menyerupai Rahib

“Saya sudah lama jadi anak seni, jadi saya gunakan platform ini untuk capai cita-cita menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Itu cita-cita asal saya sebenarnya. Semuanya untuk masa depan diri, anak dan keluarga”

“2015 saya lihat tahun yang tepat untuk saya mulakan perniagaan pakaian sendiri. Saya akan memperlahankan aktiviti seni sebab macam saya pernah cakap, saya tak akan selama-lamanya menjadi pelakon”

“Saya ada target saya sendiri. Matlamat saya untuk ada perniagaan pakaian sendiri adalah sasaran saya pada tahun 2015 ini selain Kopi XOXO. Selepas Raya hari itu saya sudah kurangkan berlakon. Lebih kepada perniagaan ini”

“Saya tak mahu terikat lagi. Selepas ini sekiranya ada tawaran berlakon, saya akan pertimbangkan. Kalau okay, saya buat. Jadi tidak terikat dengan mana-mana pihak,” jelasnya kepada Tonton Extra selain menyatakan bahawa dia tidak menyambung kontrak bersama syarikat produksi MIG.

Apa pun, semoga apa yang Nora impikan akan menjadi kenyataan. Mungkin juga keputusan Nora untuk memperlahankan karier seni adalah satu langkah untuk berjaya dalam bidang perniagaan pula, siapa tahu, bukan? (rtky/s)

1- Nora Danish Tidak Mahu Selamanya Jadi Pelakon - ROTIKAYA
2- Nora Danish Tidak Mahu Selamanya Jadi Pelakon - ROTIKAYA
3- Nora Danish Tidak Mahu Selamanya Jadi Pelakon - ROTIKAYA
4- Nora Danish Tidak Mahu Selamanya Jadi Pelakon - ROTIKAYA
5- Nora Danish Tidak Mahu Selamanya Jadi Pelakon - ROTIKAYA
6- Nora Danish Tidak Mahu Selamanya Jadi Pelakon - ROTIKAYA