2:55 pm - Friday February 14, 2786

News Republic – Aplikasi Yang Memudahkan Anda Mengikuti Berita Terkini

aisamuddin

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan anda mengikuti berita harian setiap hari, dan terkini, satu lagi aplikasi baru yang turut dilancarkan untuk pasaran global adalah News Republic.

News Republic berfungsi seperti beberapa aplikasi lain – membolehkan anda menambah sumber-sumber berita yang ingin diikuti, serta hadir dengan paparan yang mudah untuk diikuti.

News Republic

Salah satu kelebihan yang hadir pada aplikasi ini adalah kebolehan menghantar notifikasi kepada anda untuk sesuatu berita mutakhir terkini. Disamping itu, aplikasi ini turut menyertakan sokongan offline, membolehkan anda menyimpan beberapa artikel untuk dibaca, dan seterusnya membaca ia walaupun ketika tanpa talian.

Kemaskini terbaru News Republic ini dikatakan membawakan sokongan bahasa Malaysia, namun, percubaan kami tidak menemui bagaimana untuk mengubah tetapan untuknya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi News Republic ini pada Android dan iPhone, dan menggunakannya dalam mengikuti berita mutakhir harian.