5:58 am - Thursday December 8, 2016

Neelofa Terima Takdir Jika Jumpa Jodoh Di New York

zaky316

Baru-baru ini, kecoh juga mengenai artikel berkaitan Neelofa yang rela menjadi isteri ketiga sedangkan perkara tersebut sebenarnya merujuk kepada lakonannya di dalam sebuah drama. Tidak mudah melatah, Neelofa menjelaskan perkara sebenar kepada umum dengan baik.

BACA: Neelofa Rancang Dalami Tafsir Al-Quran Tahun Depan

Bagaimanapun, melalui rancangan Melodi hari ini, Neelofa dikatakan bakal membawa diri ke New York, Amerika Syarikat. Menafikan perkara tersebut adalah di atas sebab kontroversi tersebut, pemergiannya ke sana adalah untuk menimba ilmu – selain tidak menolak jodoh jika ditakdirkan bertemu pilihan hati di sana.

“Takde membawa diri pun. Saya akan fly ke New York, 10 haribulan, Insya-Allah. Ambil courser marketing, branding untuk I punya business, karier dalam industri hiburan. Hopefully this trip will be 70% kerja, 30% holiday,” jelasnya sebelum dicuit soalan oleh pengacara bahawa dia mungkin berjumpa jodoh di sana.

“(Tergelak) Why not? Kalau dah Tuhan tulis jumpa jodoh di New York, why not?” katanya kepada Melodi sambil tersenyum malu-malu begitu. (rtky/s)

1- Neelofa Terima Takdir Jika Jumpa Jodoh Di New York - ROTIKAYA
2- Neelofa Terima Takdir Jika Jumpa Jodoh Di New York - ROTIKAYA
3- Neelofa Terima Takdir Jika Jumpa Jodoh Di New York - ROTIKAYA
4- Neelofa Terima Takdir Jika Jumpa Jodoh Di New York - ROTIKAYA
5- Neelofa Terima Takdir Jika Jumpa Jodoh Di New York - ROTIKAYA
6- Neelofa Terima Takdir Jika Jumpa Jodoh Di New York - ROTIKAYA