6:01 am - Thursday December 8, 2016

Nad Zainal Bakal Nikah Disember Ini?

zaky316

Melalui sumber daripada portal Murai, khabarnya Nad Zainal dan juga pasangan bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan Disember ini malah majlis itu katanya akan diadakan di sebuah hotel yang terletak di BUkit Jelutong, Shah Alam.

BACA: Nad Zainal Harap Hubungan Cinta Ke Jinjang Pelamin

Semuanya bermula apabila sumber berkenaan terdengar perbualan di antara dua orang gadis yang datang ke butik untuk menempah baju bagi menghadiri perkahwinan pelakon Nad Zainal yang bakal berlangsung pada pertengahan Disember ini.

Malah daripada perbualan itu juga, majlis tersebut bakal diadakan pada hari Jumaat. Nad dilihat kembali bangkit daripada kontroversi yang melanda dirinya yang turut melibatkan bekas pengurusnya.

Sebelum ini, Nad pernah menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya yang bernama Faliq. Jika benar perkara yang dikhabarkan ini, ia pastinya satu permulaan baru bagi Nad Zainal dalam kehidupan berkeluarga. Semoga semnya berjalan lancar dan dipermudahkan. (rtky/s)

6 - Nad Zainal Bakal Nikah Disember Ini? - ROTIKAYA
5 - Nad Zainal Bakal Nikah Disember Ini? - ROTIKAYA
4 - Nad Zainal Bakal Nikah Disember Ini? - ROTIKAYA
3 - Nad Zainal Bakal Nikah Disember Ini? - ROTIKAYA
2 - Nad Zainal Bakal Nikah Disember Ini? - ROTIKAYA
1 - Nad Zainal Bakal Nikah Disember Ini? - ROTIKAYA