7:23 pm - Friday December 9, 2016

Nabil Ahmad Tak Kisah Anak Ceburi Dunia Seni

zaky316

Hanya mengetahui tentang bakat anaknya, Naira Mikayla berlakon dalam satu video klip baru-baru ini, Nabil Ahmad menyatakan bahawa dia tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang mendatangkan keburukan.

BACA: Nabil Ahmad Tiada Niat Hina Caliph Buskers

“Tak sangka pula Mika rupa-rupanya boleh beraksi dengan baik di hadapan kamera. Ketika penggambaran tempoh hari, dia ikut apa yang saya suruh buat. Saya suruh dia menari, dia menari. Bagi saya, Mika memberi kerjasama yang baik dan saya rasa lega”

“Saya tidak kisah anak saya terlibat dengan aktiviti seni. Sebabnya saya mahu dia membiasakan diri dengan dunia saya. Biar dia faham. Sebab kadang-kadang apabila saya keluar sekeluarga, Mika rasa diabaikan bila ada peminat-peminat yang mahu bergambar dengan saya”

“Jadi, apabila dia mula terlibat dengan dunia glamor macam ini, sekurang-kurangnya dia boleh memahami situasi dan karier saya. Selain itu, saya juga melihat perubahan lain dalam diri Mika, dia tidak lagi malu-malu. Kalau dahulu, hendak bergambar seisi keluarga pun susah sebab dia suka menyorok,” jelas Nabil kepada portal Tonton Extra.

Bagaimanapun menurut Nabil, dia tidak akan menghalang anaknya untuk menceburi tawaran lain yang dirasakan bersesuaian namun dalam masa yang sama, masih tetap akan menjaga pendidikan anak-anaknya agar tidak terabai. (rtky/s)

7- Nabil Ahmad Tak Kisah Anak Ceburi Dunia Seni - ROTIKAYA
6- Nabil Ahmad Tak Kisah Anak Ceburi Dunia Seni - ROTIKAYA
5- Nabil Ahmad Tak Kisah Anak Ceburi Dunia Seni - ROTIKAYA
4- Nabil Ahmad Tak Kisah Anak Ceburi Dunia Seni - ROTIKAYA
3- Nabil Ahmad Tak Kisah Anak Ceburi Dunia Seni - ROTIKAYA
1- Nabil Ahmad Tak Kisah Anak Ceburi Dunia Seni - ROTIKAYA