7:25 pm - Friday December 9, 2016

Mira Filzah Nafikan Bercinta Dengan Syarul Ridzuan

zaky316

Baru sahaja menjengah di dalam indsutri hiburan tanah air, pelakon baru Mira Filzah menafikan dakwaan kononnya dia menjadi punca perpisahan antara Syarul Ridzwan dan juga Mia Ahmad.

BACA: Mia Ahmad Jawab Dakwaan Putus Cinta Dengan Syarul Ridzwan

“Saya tidak bercinta dengan Syarul Ridzwan apatah lagi menjadi orang ketiga seperti didakwa. Memang benar kami saling mengenali sejak beberapa tahun lalu iaitu pada tahun 2011. Ketika itu saya masih bersekolah dan dia belum jadi pelakon, namun selepas itu kami tidak lagi berhubung”

“Kami sudah lama tidak berhubung dan bertemu semula baru-baru ini di sebuah majlis, ketika itu saya terkejut juga kerana tidak tahu bahawa dia turut hadir. Selepas itu, ada gambar kami bersama yang diambil peminat dan sejak itu ada pihak yang kurang senang dan mula mencungkil semula kisah lama saya dan Syarul,” jelasnya dipetik dari mStar Online.

Melalui emel yang kami terima, pengirim mengatakan bahawa mereka sememangnya bercinta malah pengirim juga menyertakan beberapa screenshot perbualan mereka di Twitter sekitar tahun 2011. Rajin betul cari balik. Nampak jugalah cubaan pick-up line Syarul terhadap Mira. Mira memang cantik tanpa mekap’kan Syarul?

IN_Mira Filzah Nafi Bercinta Dengan Syarul Ridzuan - ROTIKAYA

Mira Filzah mula popular selepas kemunculannya dengan memakai uniform penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk drama Din Sardin pada Ogos lalu menjadi viral di internet. Apa pun, selamat datang kepada dunia hiburan. Bak kata pelakon-pelakon senior, banyakkan bersabar dan jangan cepat melatah. (rtky/s)

1 - Mira Filzah Nafi Bercinta Dengan Syarul- ROTIKAYA
2 - Mira Filzah Nafi Bercinta Dengan Syarul- ROTIKAYA
3 - Mira Filzah Nafi Bercinta Dengan Syarul- ROTIKAYA
4 - Mira Filzah Nafi Bercinta Dengan Syarul- ROTIKAYA
5 - Mira Filzah Nafi Bercinta Dengan Syarul- ROTIKAYA
6 - Mira Filzah Nafi Bercinta Dengan Syarul- ROTIKAYA