6:00 am - Thursday December 8, 2016

Mesra Bersama, Uqasha & Remy Ishak Hanya Berkawan

zaky316

Baru-baru ini, katanya tersebar khabar angin yang mendakwa pelakon Uqasha Senrose kini sedang menjalin cinta bersama dengan Remy Ishak. Bagaimanapun, Uqasha melalui rancangan Melodi menafikan perkara berkenaan.

BACA: Uqasha Senrose Nafi Jadi Call Girl Orang Kenamaan

“Eh takde, Uqasha memang berkawan, kawanlah macam biasa. Saya memang berkawan, kawan je. Saya tak tau sebab saya tak tau apa yang jadi pada in future. Tapi for now memang saya berkawan saja”

“Takde pun fikir apa-apa ke takde, saya kawan, jumpa kat event, duduk sekali, nothing serious,” jelasnya. Bagaimanapun reaksi Uqasha dalam temuramah itu bagaikan terkelu dan hilang kata-kata apabila dinyatakan bahawa dia dilihat mesra ketika duduk bersama dengan Remy Ishak dalam satu majlis anugerah baru-baru ini.

Nampaknya ketika ini nama Uqasha sedang hebat diheret kontroversi yang rata-ratanya berkaitan dengan lelaki. Mujur Uqasha bijak menjawab persoalan. Sementara itu, Remy pun menjawab kini dia terbuka untuk berkawan dengan semua orang. Okay. (rtky/s)

3 - Uqasha Senrose- Saya Dan Remy Ishak Hanya Berkawan - ROTIKAYA
8 - Uqasha Senrose- Saya Dan Remy Ishak Hanya Berkawan - ROTIKAYA
7 - Uqasha Senrose- Saya Dan Remy Ishak Hanya Berkawan - ROTIKAYA
6 - Uqasha Senrose- Saya Dan Remy Ishak Hanya Berkawan - ROTIKAYA
5 - Uqasha Senrose- Saya Dan Remy Ishak Hanya Berkawan - ROTIKAYA
4 - Uqasha Senrose- Saya Dan Remy Ishak Hanya Berkawan - ROTIKAYA