5:28 pm - Friday December 9, 2016

Mengapa Orang Ramai Sanggup Beratur Panjang Demi Festival Nombor 1 Malaysia Ini?

zaky316

Bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini (5 & 6 Disember) di Amanjaya Convention Centre & Casuarina Hotel, Meru, Ipoh, festival fesyen yang bermula seawal 8 pagi hingga ke tengah malam ini pastinya satu ganjaran yang berbaloi selain penuh dengan pelbagai pilihan.

1- Mengapa Orang Sanggup Beratur Panjang Demi Festival Nombor 1 Malaysia Ini? - ROTIKAYA

Jika sebelum ini susah mahu dapatkan tudung berjenama kerana jauh dari ibu kota, festival yang diadakan oleh Mood Republik ini membawakan anda 90 jenama paling digilai di dalam Malaysia. Hanya di festival ini sahaja anda boleh lihat orang ramai berlari mendapatkan barangan pilihan mereka, sebaik pintu gerbang dibuka. Serius!

4- Mengapa Orang Sanggup Beratur Panjang Demi Festival Nombor 1 Malaysia Ini? - ROTIKAYA

Festival ini bukan sahaja membawakan busana wanita seperti Zawara, Cala Qisya, Sugarscarf, Radiusite, Naelofar malah banyak lagi pilihan dengan tawaran harga menarik menanti anda. Jadinya nanti, jalan sikit kena berhenti sebab memang banyak sungguh pilihan.

2- Mengapa Orang Sanggup Beratur Panjang Demi Festival Nombor 1 Malaysia Ini? - ROTIKAYA

Bagi yang bawa suami atau kekasih hati, risau juga nanti mereka rambang mata melihat pelbagai pilihan pakaian kasual dan jubah lelaki yang ada. Selain itu, kasut, aksesori, kosmetik, makanan dan pakaian kanak kanak pun ada di sini. Cuba bayangkan penjimatan yang anda dan keluarga dapat lakukan dengan tawaran harga yang menarik di sini.

3- Mengapa Orang Sanggup Beratur Panjang Demi Festival Nombor 1 Malaysia Ini? - ROTIKAYA

Malah, festival fesyen mana lagi yang sediakan 10,000 goodie bags eksklusif percuma untuk mereka yang hadir. Lebih menarik lagi, kami difahamkan, Neelofa, Emma Maembong, Yatt Hamzah dan juga Didie Alias juga akan turut hadir bagi mewakili jenama busana masing-masing.

5- Mengapa Orang Sanggup Beratur Panjang Demi Festival Nombor 1 Malaysia Ini? - ROTIKAYA

Pengunjung bukan sahaja membeli tetapi juga boleh berinfak hasil berbelanja, dan usahawan akan disalurkan ke dalam tabung #moodrepublikcharity. Lebih 5,000 anak syurga telah menerima sumbangan lebih 1 juta pengunjung setia Mood Republik.

Jadi tunggu apa lagi, jom serbu Amanjaya Convention Centre pada Sabtu dan Ahad ini. Bawa keluarga ramai-ramai. Orang Pulau Pinang pun boleh serbu sekali sebab memang dekat sangat ke Amanjaya, bukan?

Macam sudah terdengar keluhan mengapa tidak dibuat di Lembang Klang. Jangan risau kerana Mood Republik akan berada di PWTC pada 18 dan 20 Disember ini. Satu saja pesan kami, datang awal dan bersedialah di hadapan pintu gerbang – kerana anda pastinya tahu apa yang menanti anda di sebalik pintu. Jom serbu festival fesyen Mood Repulik!

7- Mengapa Orang Sanggup Beratur Panjang Demi Festival Nombor 1 Malaysia Ini? - ROTIKAYA