7:23 pm - Friday December 9, 2016

Masih Sayangkan Isteri, Eizlan Yusof Usaha Rujuk Kembali

zaky316

Tidak berselindung dan mengakui masih menyayangi bekas isterinya, Vie Santie Harun, Eizlan Yusof menjelaskan dia dalam masa yang sama turut berharap agar dapat kembali bersama selain menyatakan hubungan mereka masih baik sehingga kini.

BACA: Eizlan Yusof & Vie Santie Sah Bercerai Talak Satu

“Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa. Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak”

“Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya,” jelasnya kepada Sinar Harian. Sebelum ini, Eizlan dan Vie Santie telah mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 dengan hantaran RM77,777.77 namun kemudiannya disahkan bercerai pada bulan Februari lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun. (rtky/s)