5:24 pm - Friday December 9, 2016

Maria Farida Kini Sibuk Buat Persiapan Kahwin

zaky316

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon jelita tidak dimamah usia, Maria Farida yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Perkara tersebut telah dinyatakan oleh sumber kepada ruangan Aida, yang dipetik daripada Utusan Online.

BACA: Maria Farida: Sebenarnya Saya Yang Teraniaya

Menurut sumber tersebut, Maria kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya. Malah khabarnya perkahwinan di antara pelakon itu dengan bakal suaminya yang berpangkat Dato’ itu akan berlangsung dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Calon suaminya tersebut adalah rakan baiknya sendiri. Sebelum ini, Maria pernah didakwa sebagai perampas namun kehadiran Maria bukan sahaja turut disenangi anak-anak bakal suaminya itu, tetapi juga keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan yang terjalin.

Malah, anak-anak kepada Dato’ ini juga pernah tampil dalam rancangan Melodi dan mendedahkan perilaku sebenar bekas ibu mereka yang dikatakan suka menipu selain selalu keluar dengan lelaki lain ketika ketiadaan suami di rumah.

Apa pun, jika benar apa yang dikhabarkan ini, semoga rumahtangga yang bakal dibina akan memberi lebih kebahagiaan bukan sahaja buat Maria malah kepada anak-anak bakal suaminya yang memerlukan kasih sayang seorang ibu. (rtky/s)

1- Maria Farida Kini Sibuk Buat Persiapan Kahwin - ROTIKAYA
2- Maria Farida Kini Sibuk Buat Persiapan Kahwin - ROTIKAYA
3- Maria Farida Kini Sibuk Buat Persiapan Kahwin - ROTIKAYA
4- Maria Farida Kini Sibuk Buat Persiapan Kahwin - ROTIKAYA
5- Maria Farida Kini Sibuk Buat Persiapan Kahwin - ROTIKAYA
6- Maria Farida Kini Sibuk Buat Persiapan Kahwin - ROTIKAYA