6:06 pm - Friday December 2, 2016

Lisa Surihani Terkilan Wajah Bayi Dirakam Tanpa Kebenaran

zaky316

Tersebarnya gambar mereka sekeluarga bersama cahaya mata pertama, Lisa Surihani menyatakan bahawa dia terkilan dengan perkara tersebut kerana Lisa sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia tidak mahu mendedahkan anak mereka buat masa ini.

BACA: Demi Anak, Lisa Surihani Cuba Hindari Watak Jahat

Lisa Surihani Terkilan Wajah Bayi Dirakam Tanpa Kebenaran - in

“Saya tak nak komen terlalu panjang mengenai hal ini. Cuma, jika keadannya terbalik, sekiranya ada orang gambil gambar awak tanpa kebenaran awak, tanpa awak tahu kemudian dia letak di laman maya. Apa yang awak rasa? Awak rasa awak suka tak? Awak rasa awak okay ke?”

“Itu saja yang boleh saya tanyakan. Adakah awak rasa itu sesuatu yang baik untuk dilakukan? Pada masa yang sama, saya rasa niat dia bukan jahat. Niat orang yang muat naik ke Twitter itu bukan jahat. Saya tahu dia tak jahat. Cuma kadang-kadang kita tak tahu batasan kita terhadap orang yang kita tak kenal secara peribadi”

“Perkara itu saya tak boleh nak kata apa, cuma prinsip hidup saya ialah, sebelum saya lakukan apa-apa terhadap seseorang, saya tanya diri saya balik. Kalau orang buat kat kita, kita okay ke tak?” luahnya kepada HLive.

Boleh tahan juga ya penangan jadi selebriti ini lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga dan ada anak. Apa pun, segala keputusan adalah terletak kepada empunya badan. Mungkin juga perkataan – tidak mahu mendedahkan – itu sendiri menambah keinginan orang ramai untuk melihat anak pasangan ini. Mungkin. (rtky/s)

SUMBER: HLIVE via Beautifulnara