7:24 pm - Friday December 9, 2016

Kritik Penaja Gegar Vaganza: Fizo Omar Mohon Maaf

zaky316

Baru-baru ini, ketika orang ramai dilanda demam Gegar Vaganza, Fizo Omar telah menyatakan rasa kurang senangnya dengan rancangan tersebut di laman Twitter namun perkara yang diluahkannya itu memakan dirinya kembali.

BACA: Fizo Omar Sambung Pengajian di Peringkat Sarjana

Kritik Penaja Gegar Vaganza- Fizo Omar Mohon Maaf

Bagaimanapun melalui akaun Instagramnya tidak lama selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, Fizo meminta maaf dengan perkara tersebut selain mengucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan tersebut.

“Sebelum itu saya memohon berbanyak kemaafan seandainya tweet saya malam tadi membuat ada pihak yang tidak selesa, namun sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat seperti yang telah di viralkan”

“Dengan rendah diri saya memohon kemafaan di atas kekhilafan ini,” jelasnya. Akibat daripada perkara tersebut, boleh tahan juga pelakon ini diserang kritikan di laman sosial tersebut. Mungkin juga tahun depan Fizo mahu menaja mana-mana pertandingan realiti televisyen, mungkin? (rtky/s)

1- Kritik Penaja Gegar Vaganza- Fizo Omar Mohon Maaf - ROTIKAYA
2- Kritik Penaja Gegar Vaganza- Fizo Omar Mohon Maaf - ROTIKAYA
3- Kritik Penaja Gegar Vaganza- Fizo Omar Mohon Maaf - ROTIKAYA
4- Kritik Penaja Gegar Vaganza- Fizo Omar Mohon Maaf - ROTIKAYA
5- Kritik Penaja Gegar Vaganza- Fizo Omar Mohon Maaf - ROTIKAYA
6- Kritik Penaja Gegar Vaganza- Fizo Omar Mohon Maaf - ROTIKAYA