7:21 pm - Friday December 9, 2016

Krampus: Filem Seram Komedi Untuk Hari Krismas Yang Wajib Ditonton

zaky316

Biasanya pada musim perayaan Krismas yang disambut di seluruh dunia, kita sentiasa disajikan oleh filem kekeluargaan yang menampikan nilai nilai positif sambutan perayaan ini namun tahun ini ianya nampak akan ada kelainan sedikit.

Pengarah filem popular klasik Trick R Treat, Michael Dougherty tampil dengan Krampus yang pastinya akan menjadi ikutan kepada peminat filem beliau sebelum ini. Krampus merupakan filem komedi seram yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Adam Scott, Toni Collette, David Koechner, Allison Tolman dan Conchata Ferrell.

krampus-an-ancient-evil-brings-tidings-of-fear-721745

Ia mengisahkan dua keluarga yang mempunyai masalah mereka tersendiri sehingga menyebabkan seorang kanak kanak Max (lakonan Emjay Anthony) hilang kepercayaan kepada perayaan Krismas dan ini menyebabkan kuasa jahat purba, Krampus muncul untuk memecah belahkan keluarga ini.

Kalau dilihat dari trailer rasmi yang dikeluarkan, Krampus bakal menyajikan plot seram yang bukan calang calang dan untuk diadunkan dengan unsur komedi, kemunculan watak antagonis dalam filem ini pastinya akan buat anda tidak senang duduk.

tumblr_nud5nzZzAa1rp0vkjo1_500

Filem ini pada jangkaan kami bakal menjadi satu lagi ikutan klasik peminat filem seram dek kerana mitos Krampus yang tidak pernah diangkat secara besar besaran di layar perak. Krampus akan berada di pawagam Malaysia pada 3 Disember 2015, jom!