6:02 am - Thursday December 8, 2016

Kesan kehamilan terhadap penyakit asthma

abaabil

Kesan kehamilan terhadap penyakit asthma

KESAN KEHAMILAN TERHADAP PENYAKIT  ASTHMA

“Salam doktor. Apakah risiko saya mengalami asthma apabila saya hamil? Untuk pengetahuan doktor saya agak kerap diserang asthma tetapi setakat ini hanya menggunakan inhaler dan nebulizer salbutamol saja. Mohon pencerahan. Terima kasih” 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Bagi wanita yang tidak pernah mengalami asthma sebelum hamil, selalunya kehamilan tidak menyebabkan beliau mengalami serangan asthma. Tetapi bagi wanita yang pernah mengalami asthma sebelum hamil, kesan kehamilan terhadapan penyakit asthmanya berbeza-beza.

Satu pertiga dari pesakit asthma yang hamil, akan mengalami serangan asthma yang teruk. Satu pertiga lagi akan merasakan penyakit asthmanya bertambah baik. Dan satu pertiga lagi kehamilan tidak memberikan apa-apa kesan terhadap penyakit asthmanya.

Dalam beberapa penyelidikan mendapati bahawa jika seseorang pesakit asthma tidak mengalami serangan asthma yang teruk di usia awal kehamilannya (kurang 13 minggu), berkemungkinan sepanjang kehamilan beliau akan bebas daripada serangan asthma.

Serangan pentakit asthma selalunya berlaku sekitar usia kehamilan antara 24 hingga 36 minggu. Kekerapan serangan asthma berkurangan selepas itu, dan sangat jarang berlaku ketika melahirkan anak.

Walaahu a’lam