7:25 pm - Friday December 9, 2016

Kenali Pasangan Dari Gaya Memilih Destinasi Percutian Untuk Anda Berdua

zaky316

Banyak cara sebenarnya untuk kenal personaliti pasangan anda dan boleh kami katakan yang salah satunya daripada pilihan destinasi percutian. Walaupun tiada kajian khusus untuk ini, namun melihat kepada pilihan yang ada kita boleh tahu apa yang pasangan kita inginkan dalam hidup.

1. Kawasan Tanah Tinggi

cameron

Di Malaysia jika mahu menikmati kesejukan walau sekejap, kawasan tanah tinggi memang pilihan nombor satu seperti Cameron Highlands & Genting Highlands. Mereka yang suka ke tanah tinggi ini kami boleh katakan seorang yang penyabar dan sentiasa sejuk hatinya.

2. Kepulauan & Pantai

couple-on-beach

Malaysia juga terkenal dengan pilihan pulau yang cantik cantik belaka. Pastinya pasangan yang suka menikmati pantai ini merupakan seorang yang sukakan kedamaian bak hembusan lembut angin laut. Mungkin akan kurang bergaduh ketika bercinta, heh.

3. Kawasan Desa & Kampung

SC-photo-book-100

Jangan terkejut jika kami kata kawasan kampung di Malaysia merupakan tumpuan pelancong seluruh dunia kerana keunikan tersendiri. Mereka yang suka balik kampung ini tersembunyi sifat penyayang yang dalam terhadap ahli keluarga dan kampung halaman. Ya, anda juga.

4. Bandar Besar

night-view-of-victoria-harbour-from-victoria-peak

Ada orang suka melawat bandar besar lain di luar negara untuk mengambil inspirasi kehidupan kota metropolis. Orang sebegini pastinya memiliki cita cita besar untuk dikejar di kota batu yang menjanjikan 1,001 kemungkinan. Termasuk cinta sejati,

5. KFC

IMG_0716

Kalau pasangan anda jenis tidak kisah untuk dating di mana mana restoran KFC, anda telah jumpa orang yang tepat. Pasangan sebegini memang seorang yang punyai citarasa tersendiri dan seorang yang pandai berjimat cermat. Alang-alang kat situ, cubalah KFC Holiday Bucket. Barulah lengkap holiday. Kan?