5:56 am - Thursday December 8, 2016

Keluarga Zahirah MacWilson Kini Berantakan?

zaky316

Ketika Zahirah MacWilson kini dalam fasa mengenali hati budi Zul Ariffin, khabarnya ibu dan bapa pelakon ini sedang berantakan malah ibu Zahirah turut meluahkan apa yang dihadapinya di laman sosial.

BACA: Bapa Zahirah Tidak Mahu Zul Ariffin Permainkan Hati Anaknya

Keluarga Zahirah MacWilson Kini Berantakan? - ROTIKAYA

Memetik laporan daripada portal Murai, ibu kepada Zahirah sebelum ini menggunakan nama Maslinda MacWilson pada bahagian info di Instagram namun menukarkannya kepada Maslinda Yusoff ketika ini selain turut menyatakan kini dia bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, bapa Zahirah pernah menjelaskan bahawa dia ragu-ragu niat sebenar Zul mendekati anaknya itu. Apa pun, harapnya keluarga ini akan terus kekal bahagia dan baik-baik belaka. (rtky/s)