5:56 am - Thursday December 8, 2016

Kekasih Cemburu Fathia Latiff Berlakon Dengan Remy Ishak?

zaky316

Lelaki mana tidak cemburu jika teman wanitanya akan banyak menghabiskan masa dengan salah seorang pelakon paling kacak di Malaysia, Remy Ishak. Terbaru khabarnya Fathia Latiff bakal bergandingan dengan pelakon itu untuk drama 13 episod.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Fathia Latiff mengakui teman lelakinya Aiman Hakim Ridza kurang selesa apabila beliau digandingkan dengan Remy Ishak namun bukanlah bersifat cemburu membabi buta sehingga mampu merosakkan hubungan mereka.

BACA: Fathia Latiff Mengakui Pernah Menangis Kerana Cinta

“Aiman kurang gemar apabila mengetahui saya bakal bergandingan dengan Remy untuk drama bersiri itu. Namun bukan kerana dia tidak suka pada aktor itu sebaliknya risau kami akan kurang meluangkan masa bersama”

“Kebiasaannya saya akan berehat sekiranya Aiman sibuk dengan penggambaran dan begitulah sebaliknya. Dia risau jika perkara itu membuatkan hubungan semakin renggang kerana kedua-dua sibuk bekerja,” jelas Fathia Latiff.

Fathia Latiff & Remy Ishak akan terlibat sama dalam drama bersiri Rumi & Jawi arahan Erma Fatima yang dijadual memulakan penggambaran awal bulan depan dan bakal disiarkan di TV3 kelak. Mesti best nanti! (rtky/m)

00001 - Kekasih Cemburu Fathia Latiff Berlakon Dengan Remy Ishak? - ROTIKAYA
00002 - Kekasih Cemburu Fathia Latiff Berlakon Dengan Remy Ishak? - ROTIKAYA
00003 - Kekasih Cemburu Fathia Latiff Berlakon Dengan Remy Ishak? - ROTIKAYA
00004 - Kekasih Cemburu Fathia Latiff Berlakon Dengan Remy Ishak? - ROTIKAYA
00005 - Kekasih Cemburu Fathia Latiff Berlakon Dengan Remy Ishak? - ROTIKAYA
00006 - Kekasih Cemburu Fathia Latiff Berlakon Dengan Remy Ishak? - ROTIKAYA