5:55 am - Thursday December 8, 2016

Kamal Adli: Berkawan Dengan Emma, Rezeki Tak Putus

zaky316

Mengakui hubungan mereka dikecam sesetengah pihak, namun bagi Kamal Adli, rezekinya dilihat semakin melimpah sejak menjalin cinta dengan Emma Maembong dan menyifatkan perkara tersebut seabgai hikmah di sebalik perkara yang menimpanya.

BACA: Kamal Adli Kini Hilang Hormat Pada Zizan Razak?

“Sejak berkawan dengan Emma Maembong memang nama saya dihimpit kontroversi satu persatu, selain dikecam teruk di laman sosial dan digugurkan produksi dari sebuah filem. Walaupun agak tertekan dengan perkara itu, ada hikmah lain yang saya nampak iaitu rezeki saya tidak putus-putus”

“Saya sedar masih ramai yang tidak suka hubungan kami sebab itu juga saya kurang muat naik foto di laman sosial. Tapi disebabkan perkara itu juga mungkin membuatkan drama kami mendapat rating tinggi di HyppTV”

“Mereka tidak suka tetapi mahu juga menonton lakonan kami,” jelas Kamal kepada mStar Online. Selain itu, pelakon ini menyatakan bahawa dia belum mempunyai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.

“Saya memang ingin berkahwin kerana umur pun sudah 29 tahun, tapi biarlah saya rasa betul-betul stabil dahulu. Buat masa ini belum ada perancangan apa-apa, Insya-Allah kalau ada jodoh tidak kemana,” katanya. (rtky/s)

7- Kamal Adli- Berkawan Dengan Emma, Rezeki Tak Putus - ROTIKAYA
6- Kamal Adli- Berkawan Dengan Emma, Rezeki Tak Putus - ROTIKAYA
5- Kamal Adli- Berkawan Dengan Emma, Rezeki Tak Putus - ROTIKAYA
4- Kamal Adli- Berkawan Dengan Emma, Rezeki Tak Putus - ROTIKAYA
3- Kamal Adli- Berkawan Dengan Emma, Rezeki Tak Putus - ROTIKAYA
1- Kamal Adli- Berkawan Dengan Emma, Rezeki Tak Putus - ROTIKAYA