7:21 pm - Friday December 9, 2016

Kaka Azraf: Perpecahan Sleeq Tidak Ganggu Persembahan

zaky316

Penyanyi Kaka Azraf yang baru sahaja membuat persembahan pada malam Konsert Separuh Akhir Muzik Muzik ke-30 malam kelmarin nyata tidak kekok apabila membuat persembahan tanpa mana-mana anggota Sleeq.

BACA: Kaka Azraff Berdebar Disentuh Nicholas Saputra

Nyata perpecahan Sleeq tidak mencacatkan persembahannya pada malam tersebut. Lagi pula, Kaka memberitahu Alyph dan Syarif kedua-duanya sudah dimaklumkan terlebih dahulu akan ketidakhadiran mereka untuk membuat persembahan pada malam itu kerana mempunyai komitmen yang lain.

“Perpisahan Sleeq tak ganggu persembahan atau lagu ini. Mereka tak dapat hadir pada malam ini kerana Syarif ada komitmen lain dan Alyph ke Jepun. Jadi saya sudah dimaklumkan awal tentang perkara ini”

“Sleeq sangat profesional dan saya memang tidak masalah dengan mereka,” katanya yang ditemui sebabkan sahaja selesai konsert Separuh Akhir Muzik Muzik ke-30 malam kelmarin.

Pada malam konsert separuh Akhir Muzik Muzik ke-30, Kaka berkobolarasi bersama Justin Oh My English yang merupakan rakan lamanya. Pun begitu, cubaan Justin pada malam konsert Separuh Akhir Muzik Muzik nyata mendapat pujian kerana berjaya membawakannya dengan baik.

“Tidak ada masalah untuk chemistry bersama Justin kerana saya dan dia merupakan rakan lama serta berasa sungguh gembira kerana dapat bekerjasama dengannya,” ujar Kaka.

Pada malam konsert Separuh Akhir Muzik Muzik minggu pertama, Hazama berjaya dinobatkan sebagai lagu terbaik. Masih tinggal dua minggu sahaja lagi untuk menentukan siapakah bakal melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke-30, sama-sama kita nantikan pada 6 Disember ini. (rtky/h)