6:05 pm - Friday December 2, 2016

Julia Ziegler: Berbikini Kerana Ikut Situasi

zaky316

Baru-baru ini, tindakan Julia Ziegler memuatnaik gambarnya berbikini ketika bercuti di Pulau Redang telah menarik perhatian pengikutnya di Instagram – dan turut dikritik dan dicemuh di atas keberaniannya itu.

BACA: Julia Ziegler Sedia Kena Kritik Kongsi Gambar Berbikini

Menurut Julia sebelum ini, berbikini bukanlah sesuatu yang pelik dan di pulau tersebut ramai lagi individu yang berpakaian lebih menjolok mata dari apa yang dipakai olehnya. Selain itu, apa yang dilakukannya itu juga adalah bersesuaian dengan situasi.

“Takkan kalau ke pasar nak pakai gaun labuh. Kiranya pemakaian saya itu sekadar mengikut situasi. Kenapa apabila artis berbikini dijadikan isu sedangkan orang biasa ada juga memuat naik gambar sama?”

“Saya biarkan saja orang komen dan cakap apa mereka mahukan. Macamlah yang bercakap itu sempurna sangat,” luahnya kepada Harian Metro selain menyatakan akan dia pasti akan berubah satu hari nanti dengan caranya tersendiri. (rtky/s)

6 - Julia Ziegler- Berbikini Kerana Ikut Situasi - ROTIKAYA
5 - Julia Ziegler- Berbikini Kerana Ikut Situasi - ROTIKAYA
4 - Julia Ziegler- Berbikini Kerana Ikut Situasi - ROTIKAYA
3 - Julia Ziegler- Berbikini Kerana Ikut Situasi - ROTIKAYA
2 - Julia Ziegler- Berbikini Kerana Ikut Situasi - ROTIKAYA
1 - Julia Ziegler- Berbikini Kerana Ikut Situasi - ROTIKAYA