5:23 pm - Friday December 9, 2016

Johan As’ari Kagumi Pelakon Lelaki Elak Sentuh Wanita

zaky316

Berdiri di atas prinsip tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita oleh sesetengah pelakon lelaki membuatkan pelakon Johan As’ari berasa kagum malah dia turut menyokong perkara tersebut.

BACA: Pulang Dari Merantau, Johan As’ari Buang Ego

“Tindakan pelakon-pelakon meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan itu sesuatu yang bagus dan ia adalah hak mereka untuk berbuat demikian”

“Ketika ini pengarah drama susah boleh dibawa berbincang tentang apa yang boleh dan apa yang tidak, mereka boleh bertolak ansur. Bagi saya selagi babak itu tidak keterlaluan, boleh diterima dan tidak menjengkelkan, saya akan lakonkannya sehabis baik.

“Lagi pula kita ada sesi perbincangan dengan pengarah untuk menjayakan sesuatu babak dan dari situ juga kita boleh berbincang untuk kurangkan apa yang tidak sepatutnya,” jelas Johan kepada mStar Online.

Selain itu, Johan yang baharu kembali ke tanah air selepas berkelana menuntut ilmu Islam selama tiga bulan di India dan Bangladesh pada Jun lalu berpendapat dirinya bukan seorang yang terlalu alim dalam hal berkaitan agama.

Malah dia juga menyifatkan apa yang dipelajari ketika berkelana itu adalah untuk dirinya sendiri dan bukan mahu menunjuk-nunjuk dan memandang rendah kepada orang lain. (rtky/s)

1 - Johan As'ari Kagumi Pelakon Lelaki Elak Sentuh Wanita - ROTIKAYA
2 - Johan As'ari Kagumi Pelakon Lelaki Elak Sentuh Wanita - ROTIKAYA
3 - Johan As'ari Kagumi Pelakon Lelaki Elak Sentuh Wanita - ROTIKAYA
4 - Johan As'ari Kagumi Pelakon Lelaki Elak Sentuh Wanita - ROTIKAYA
5 - Johan As'ari Kagumi Pelakon Lelaki Elak Sentuh Wanita - ROTIKAYA
6 - Johan As'ari Kagumi Pelakon Lelaki Elak Sentuh Wanita - ROTIKAYA