5:57 am - Thursday December 8, 2016

Izzue Islam Berniaga Kerana Mahu Ikut Sunnah Nabi

zaky316

Bagus niat pelakon dan juga penyanyi, Izzue Islam yang kini sudah memilik busana Muslim sendiri di atas jenama Izzuexlusive. Kata Izzue, perniagaannnya yang dilakukannya ketika ini adalah untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

BACA: Isu Bersentuhan, Izzue Islam Nafi Berlagak Alim

“Apa yang saya faham, 9 daripada 10 sumber rezeki kita adalah berpunca daripada perniagaan. Rasulullah SAW dulu pun berniaga, jadi saya mahu mengikut sunnah Rasulullah SAW”

“Saya masih berlakon dan menyanyi bersama Forteen. Jika saya tiada aktiviti lakonan mahupun nyanyian, sekurang-kurangnya jadual saya terisi dengan perniagaan. Saya mahu fokus pada ketiga-tiga bidang ini,” ujarnya kepada Tonton Extra.

Tambah Izzue, dia tidak mahu membandingkan perniagaannya dengan barisan selebriti lain yang turut berniaga sebaliknya mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Suka kami dengar artis mula berniaga namun harapnya biarlah bertahan dan bukannya bermusim sahaja. (rtky/s)

6- Izzue Islam Berniaga Ikut Sunnah Nabi - ROTIKAYA
5- Izzue Islam Berniaga Ikut Sunnah Nabi - ROTIKAYA
4- Izzue Islam Berniaga Ikut Sunnah Nabi - ROTIKAYA
3- Izzue Islam Berniaga Ikut Sunnah Nabi - ROTIKAYA
2- Izzue Islam Berniaga Ikut Sunnah Nabi - ROTIKAYA
1- Izzue Islam Berniaga Ikut Sunnah Nabi - ROTIKAYA